Selari dengan aspirasi global berkaitan isu kelestarian, kerajaan Malaysia telah memahami peri pentingnya mengekalkan matlamat pembangunan lestari, khususnya keperluan untuk menggalakkan amalan penggunaan tenaga dan pemeliharaan alam sekitar yang baik. Salah satu kunci untuk mencapai pembangunan yang lestari adalah melalui pendidikan, dan dengan menanamkan nilai-nilai ini dalam semua peringkat di dalam sistem pendidikan. Atas sebab inilah, Kementerian Pendidikan telah mengetuai usaha pendidikan global untuk mengukuhkan sikap, nilai dan tindakan yang selari dengan pembangunan lestari. Walaupun demikian, masih terdapat kelemahan dari segi penyelarasan dan kesedaran di kampus IPT mengenai kelestarian dan kecekapan guna tenaga. Oleh itu, adalah penting untuk menyokong pembangunan lestari di kampus IPT di Malaysia, melalui platform nasional, untuk memastikan aktiviti bersepadu dapat memberi impak yang lebih baik di peringkat tempatan dan nasional. Rakan kolaborasi OBJEKTIF AKTIVITI