Langkau ke kandungan utama

Berikutan keperluan untuk menyokong sistem pendidikan tinggi Malaysia dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan mereka, mempunyai akses kepada amalan baik yang dibangunkan di institusi lain, dan mengukuhkan keupayaan mereka untuk bekerjasama dalam isu ini di peringkat tempatan dan nasional, projek Malaysia Sustainable Universitiy Network (MYSUN) di laksanakan untuk mempromosikan kampus IPT di Malaysia sebagai ‘living laboratories’ bagi kelestarian dan kecekapan guna tenaga. Secara khususnya, MYSUN bertujuan: 

• Mengukuhkan kapasiti insan dalam kelestarian dan kecekapan guna tenaga di kampus IPT di Malaysia; 

• Membangunkan struktur untuk mempromosi dan mendokong budaya kampus IPT yang lestari dalam sistem pendidikan tinggi Malaysia melalui penubuhan Rangkaian MYSUN dan Massive Open Online Courses (MOOC) berkaitan kelestarian di kampus IPT. 

MYSUN map